KPCN9 (PEMANIS UUM)

Kelab Patriot

Chapter N9 UUM

KPCN9 @ PEMANIS UUM

Sebuah persatuan yang terdiri daripada mahasiswa, bertanggungjawab bagi memastikan kebajikan mahasiswa anak Negeri Sembilan di Universiti Utara Malaysia terjaga.

KERJASAMA

KPCN9 merupakan sebuah komponen persatuan yang bekerjasama dan membentuk  Sekretariat Mahasiswa Anak Negeri Sembilan.

PROGRAM

Pelbagai program yang mengutamakan kebajikan mahasiswa serta penglibatan mahasiswa di Universiti.

SEMESTER

SEMESTER A202

Kelab Patriot Chapter Negeri Sembilan, Universiti Utara Malaysia (UUM) mengucapkan selamat menjalani kuliah bagi semester A202 kepada semua mahasiswa UUM.

Semoga urusan pada semester kali ini dipermudahkan buat semua mahasiswa/mahasiswi.

BSH

BANTUAN SARA HIDUP (BSH) MAHASISWA 2021

Bantuan bulanan kepada permohonan yang berjaya.

Bantuan ini bertujuan membantu meringankan beban mahasiswa Anak Negeri Sembilan dari keluarga berpendapatan rendah. Sila klik butang di bawah untuk memohon.

BANTUAN IPT

Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan

Kemasukan baharu ke IPT masing-masing.

1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.

2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.

3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.

4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.

5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.

6. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh yang berikut sahaja:

  • YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN;atau

  • Penghulu;atau

  •  Pengerusi MPKK / KRT / Taman.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibu bapa ATAU penjaga;

  • Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian jika berkenaan;

  • Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga;

  • Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian;

  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah; Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.

Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan telah mendapat pengesahan oleh pihak yang berkenaan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pos ke:

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
Tingkat 5B, Wisma Negeri
70503 Seremban

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 06-7659936 /31 @ 06-7659784 /85

Persoalan

Anda boleh mengajukan soalan anda terus kepada Kelab Patriot Chapter Negeri Sembilan UUM dengan mengisi butiran di bawah.
Nama Emel Nombor telefon Persoalan HANTAR

Tentang KPCN9

Kelab Patriot Chapter Negeri Sembilan UUM atau PEMANIS UUM merupakan sebuah persatuan yang menjaga kebajikan pelajar Universiti Utara Malaysia dari Negeri Sembilan.

Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman

kpcns.uum@gmail.com

Ahad-Khamis: 8 pagi-5 petang;
Jumaat: 8 pagi-12 tengah hari, 2 petang-5 petang
 Sabtu,Cuti Umum:  Tutup